Kerajaan yang bakal dibentuk selepas 19 November nanti perlu stabil bagi memastikan polisi dan dasar ekonomi negara terjamin.<br /><br />Hal ini sekali gus dapat membantu malaysia keluar daripada cabaran ekonomi selain membantu meringankan kos sara hidup yang dialami penduduk terutama di luar bandar Sabah.<br /><br />Dalam masa sama, ada juga yang mahu kerajaan memberi penekanan kepada aspek pendidikan.